Khamis, 14 Mac 2013

pengalaman kali ke-2

ha! kenal x kat maner ni?? huhu. ni hospital besar k.terengganu. eh! apa plak kene mengena dengan hospital ni plop ea.. jom2.. ad citer lop nih. Alkisahnya, bermula dari.......tahun 2010.. tengah-2 bulan 6...
hm, ak tengok muka ak nih kat cermin, sedang duk tilik2, tengok lain jer kat tekak ak ni. cam ad sesuatu x kene. macam 'benjol'..haha. x besar pom kecik je.. ak biar jer la. lame-2 hilang la tuh.. semakin hari semakin besar lop rase. ak jadi pelik, penghuni umah ak perasan, besar lain macam je. kebetulan, ak kene jupe nge doktor. ak jupe sokmo sebab nok tahu perkembangan tibi ak jah. tapi, umi g kabo kat doktor sal tekak ak nih. terpaksalah tunjuk. mujur doktor perempuan. pahtu, dia x dapat wak nape-2. dia kbo kene buang. n akan hantar ke hospital besar k.terengganu.ak terkedu. betulkah nape ak dengor nih?? ak kene masuk plp kali ke -2. tapi ni lebih jauh lah. sampai je kat umah. ak protes. ak marahkan umi sebab bagitahu. ak x bersedia!!.


sebelum g plop hospital, ak duk soksek plop. depan orang ramai gok. biarla.ak kan muke x malu.pahtu, atas ramai2 bagi sokongan, untuk baik pulih semula., ak g jugak. ak g nge ambulans hospital dungun. umi follow same.


 lepas sejam lebih tuh, sampailah tempat ni, buat kali ke-2. umi juz hantar.xde pom yang teman ak duk sane. sedeh sangat-2. adik sek. kalu umi teman, xdop orang care rumah. lepas umi g tuh, ak soksek lop kat spital. bagi ak, ak asing sangat2. betapa besar n ramainy pesakit mase ak masuk tu. ak ditempatkan di tingkat4. yaAllah, mase ak masuk tuh, macam2 jenis org sakit. ad tuh, kaki patah, tangan balut.. 1st ak dapat tengok sakit2 gini. ad sepasang suami isteri nih, si suami asyik kipas kat isteri dy, ak tengok2 kaki n perut x silap, hitam macam dah lame. maybe si isteri kencing manis. sebab kalu diabetis ni, kalu lok lame, akan jadi buruk. subhanallah. ak dapat tengok beribu kerutan dahi si isteri tuh. betapa sakitny. semoge cepat sembuh ye kak..


kat sini, ak kene pakai tudung, jauh beze dengan hospital sini. kalu hospital sini ak x pakai tudung pom, kecuali waktu melawat lah. kat sane, ramai sangat pelawat, pesakit.. yaRob.. katil ak sebelah pesakit tonsil.huhu. ak berkawan lah dengan akak ni. akak ni ad mak dy yang temankan. ak? ak sorang jah. ak pom kene paham.


keesokkan hari, macam biase, doktor akan check pesakit.  tapi, situasi jauh beze sangat2. kalu kat hospital dungun, seorang doktor, n seorang nurse je akan check. tapi kat sini, 4 org doktor n 2, orang nurse yang akan check.fuh~ berdebar sangat2. dohlah ak paling mude kali dalam wad nih. mase giliran ak, dy check-2. n ak disahkan toiroid. ak kene segerakan operate. tapi selagi xdapat tandatangan dari umi, pembedahan ak xleh dijalankan. sebab, kalu ikot syarat, umo 18 keatas baru boleh sign sendiri. tapi ak? baru tingkatan3. nasib engkau la dbah. pahtu, ak call umi(bercakap dalam penuh ketangisan & rayuan), suh umi datang. umi cakap xde driver lg. sabar la. dalam hati ak, hanya Tuhan je yang tahu, betapa deritany ak mase duk dalam wad sini.  ak keseorangan. kalu hospital dungun lain ckit. coz kawan2 umi kenal ak. pahtu, doktor tanyer ak, ad sakit lain x lg? ak jawab sepatoh je. "tibi"...
lepas pada tuh, ak kene pindahkan katil ke belakang sekali. xdop orang. lagi seram. takot berjangkit dngan pesakit lain. yes! ak paham. macam ni ke masyarakat kite melayan kita. ak dsisihkan!.. xpe. dalam hati saboooo~ bukan xdop orang terus.. ad tapi belakang jep. xdop jiran jep.


pahtu malam yang ke-2. sedang ak tido, ak terdengar suara org tua menyanyi. Allahurabbi, mokcik belakang ak nyanyi,, pelik bunyiny,,haha. sabo-2.  malam tu paling takot kali. ak x dapat tido.mase ak jalan2 nok masuk tandas, tibe2 kapas kat tekak ak ni buka, lalu jatuh.. selama ak duk kat hospital, ak x tengok lg gane keadaan tiroid ak nih. subhanallah, hati ku berkata-2 patut k ak tengok?. ak p kat cermin, n tengok. subhanallah, betapa besarny n pecoh tiroid ak, warne putih keluar dengan banyak ny.. bisa2 ny. yaAllah,. ak cepat2 tutup semula. ak x sanggup tengok. air mata ak menjadi saksi malam tuh, betapa sedehny tengok diri ak hadapan cermin.


 pahtu kol umi, tekad suh datang jugak. pada keesokkan hari, umi datang nge ayah ngoh n ngoh. alhamdullillah. lagi cepat sign, lagi cepat balik. ak nok segerakan pembedahan ak nih. ak xmo duduk lg kat sini!!..umi datang bawak skali nge kain baju. hati ak melonjak gembira. umi akan temankan ak sehingga ak diizinkan tuk pulang.. pahtu, umi jupe nge nurse untuk sign surat-2 yang patut diisi. esok! esok ak akan dibedah. malam tuh ak xleh nok tido. ak nge umi bace yassin. moge-2 pembedahan ak selamat. buat smyang hajat. air mata ak turun lagi. air mata ak sangat murah bile duk cni.huhu. ak kene puasa, ak xleh makan, sebab, kalu nok bedah nih, xleh makan, takot muntah bile sudah operate kesan daripada ubat bius. jadi ak xleh makan sehingga pembedahan tamat.


keesokan hari.
seorang nurse datang. dia cakap adik xboleh lagi operate,sebab ad masalah tertentu n jadi adik xpayah puasa lagi.insyaALLAH esok pembedahan akan dijalankan.. dalam hati ak, alhamdullillah. bersyukur. betape deborny.. eyda call, n ak bagitahu, pembedahan xleh jalankan lg. eyda cakap, Tuhan nok tolongla tuh.


hari yang ke-4
ak kene puase. berdebar-debar. banyak kali ngucap. pagi tu ak rase sangat lapar.ak x dapat makanan pom. ak senyap2 wak keluarkan biskut. ak makan sorang-. orang lain x nampak. pahtu pkul 7 lebih pagi. datang seorang nurse. bawak pakai bedah. dy suh salin pakaian ak. dengupan jantung ak semakin laju. huhu. dia tunggu ak salin. siap pesan, " buang semua ye dik termasuk pakaian dalam, pakai baju tu je".. buat ak rase malu lagi adelah. baju tu, seolah2 cam skirt. paras lutut. sangat sexy. ak semakin longlai. umi yang tolong ak sume. sian umi. semalaman x dapat tido.~ pengorbanan seorang ibu.


lepas siap semua tuh,  dia suh ak baring atas srecture tu.. troli katil tu lah. pahtu ye sarungkan ak plastik n pakai kat pale ak n selimutkan ak. hoho. rase cam nok p mandi je pakai nde tuh. kui3. pahtu, ye tolok ak hingga bilik bedah. umi ikot same. mase masuk tuh, yaAllah, macam2. gerun sangat2 tengok alatan dalam bilik bedah tuh. sebelum ak ditolak lebih jauh lagi, doktor tu pesan, bagi kate2 terakhir pada ibu awk. so, umi mai kat ak, juz salam. n senyum. banyakkan berzikir je. itu pesanan umi.



ak ditolak lebih jauh lagi, n ad aircorn sebenarny dalam bilik tuh.hihi. ak kene bius dulu. ak semakin lame semakin lali. tapi ak tekad, x mo tutup mate. ak tahu dia suh ak tidur. lame sangat diorang tunggu ak.haha. mata ak makin lame makin kuyu la. tapi ak wak keras, xmo tutup jugak. ramai doktor2 tengok n tunggu ak. ak kene pakai alat2... wayar berselirat kat tangan, & jantung. lastly, datang seorang doktor nih, n cakap " adik, ni oxygen, sy pakaikan ye" .. lepas ak sedut oxygen, mase tu lah, dunia ak gelap secare tibe2.



lepas lame tuh, ak dikejutkan suara " nurul bangun nurul, dah siap dah"... ak celik. tapi tetap x bermaya lagi tuk buka mata.pahtu doktor laki ni yang buang semua wayar2 pada body ak nih..huh! malu giloss. mujur la ak x jupe2 doh dia. n mujur mase ni ak bawah umo lagi.huhu. ak ditolak sehingga sampai kat katil ak. ak terus muntah, kesan dari ubat bius tadi lah. sape suh makn biskut. ni lah padah x ikot cakap orng.kui3.

keesokkan hari, ak kene cuci tempat ak operate ni. betapa takot ny ak. ak kene basuh di air garam, supaya. ak x kene jahit pom. doktor, juz buang. ni toreh nge pisau, n keluarkan bahan buangan. pahtu tinggal cam tu je. walaupun x sapai 6cm, amik mase hingga waktu asar taw!..huhu. sangat lame.


pahtu, hari2 ak kene cuci dengan air garam.  selepas lame tuh, ak xperlu lagi ulang alik p hospital. sebab umi wak balik alat2 sume. umi yang rawat ak kat umah. kesian kat umi.huhu. lepas satu2 ujian menimpa. pahtu, untuk susulan p hospital, kulit ak tetap terbelah. x bertangkup pom. jadi, skali lagi ak kene reffer hospital kuala terengganu. kali ni x masuk wad. tujuan kedatangan ak nok jahit mula. pahtu, ak masuk la bilik bedah kali yang ke-2. kali ni x lah tukar baju bagai. ak pakai bju ak jep. 


Dengan lafaz bismillah, ak kene bius kot tekak ak sendiri berbelas kali ak kene bius. lame tu, di toreh dengan  pisau. darah keluar habis.huhu.tapi ak x rase pape. ak nampak dengan real yang dia jahit ak tu cume bezeny ak xrase sakit. lame tu dah sudah. alhamdulllillah. balik umah, ak terpaksa buang kapas yang dy tutup tu. k tengok ad 6 jahitan. sangat menakutkan.haha.

seminggu kemudian ak kene buang jahitan di hospital dungun. alhamdullillah. segalany selamat. mase ye buang tu, rase geli. x sakit pon.-=) Allah permudahkan..



kesimpulan:

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".




2 ulasan:

  1. ujian untuk kita..kawan saya sampai kena bedah paru-paru sebab tibi.

    BalasPadam
  2. kena jaga kesihatan kita jaga makan & bersenam selalu.

    BalasPadam