Rabu, 13 Mac 2013

pengalaman mase duk hospital..

semua penduduk Dungun kenal bangunan ini kan?
hm, tak dikecualikan ak. ak duk kat sini 2 tahun. huhu. ak masuk wad pd tahun 2009-2010. kui3. xlar. Sebenarnya ak masuk akhir tahun 2009- n keluar pd 2/1/2010. meh nok citer. ak batuk hampir 2 minggu. mmg xlarat. tubuh badan ak semakin susut. sangat x bermaya. umi dah berkali ajak p hospital. p ak degil. cakap xde pape.tp last2, ak rase makin menjadi2. deman, batuk, dengan kahaknya. makan muntah.Pahtu, tekad nok g spital ni lah.

yaAllah, hanya Tuhan je yang tahu. Ramai nya pesakit.. mmg x larat la. Tapi, disebabkan kawan umi jaga kat kaunter. Dia suh ak masuk lu. Alhamdullillah lah.haha. pintas orang lah ni. lepas lame doktor periksa tuh, ak kena buat Xray. sebab batuk ak dah lama. nok check paru-2 lah ni. bila sudah Xray, doktor tengok lain ak punyer xray. banyak kuman. jadi dengan lafaz bismillah....." adik kena tahan wad lah, untuk sementara" kene bersihkan. xsure sakit ape. ak kaget. tengok muka umi dengan penuh simpati. xmo!!!.. pahtu balik la umah. Sebelum balik gi kat wad puan kbo ak datang malam nih.

sebelum umi ato malam tu, ak duk "soksek" kat ruang tamu. kakak2 n abang2 ak tengok laker. xmalu ckit ak nangis depan orang ramai.haha. doh lah ak x wape berani. ramai org pjuk ak nihbile sampai kat wad, ak terimbau citer2 hantu yang berlaku kat hospital. macam-2 ak pikir.tengok2 katil.. nurse tu kbo ak xleh duk katil luar coz ak kuat batuk n demam panas. takot jangkit. jd ak dimasukkan wad yang dikhaskan. bilik la kirenya. bila ak masuk je bilik tuh, kosong! ad 4 katil. gila! lagi buat ak takot. bayang la, dalam bilik tu, ak sorang je yang tidur. lagi 3 katil kosong. pahtu, ak duk sorang. xdop pom hok nok teman ak kat hospital. xdop yang berani. umi xleh teman. umi banyak keje. jadi ak kene berani. yaAllah!.. bayang kanlah. 6  malam ak ditemani katil kosong. ak xtahu nok tido ngadap tah maner. depan ak katil kosong, kanan katil kosong, kiri ad tv. n penjuru kanan katil kosong.bayang kanlah, ak berdikari mase form 2. malam pertam, soksek lagi, sebab x tahu nok ngadap mane. pahtu, tetibe fikir teringat kembali citer hantu. katil2 hospital nih bekas org 'mati'. lagilah membuat seram. pah ceroh xleh tido. mase ari ketiga baru dapat detect ak sakit nape. dy buat test kahak. kahak ak berdarah. timbang 32kg jah berat badan daripada 45kg. turun mendadak. nurse cakap. Nurul awk positive 'TB'. bagaikan halilintar memecah gegendang ak bila tahu keputusan. dia cakap banyakkan bersabar dan makan ubat. lepas pada keputusan, ak banyak temenung. masih lagi x cayer apa yg ak dengar semalam. start pada tu, ak kene makan 14 biji ubat termasuk panadol. lagi cepat ak makan lagi cpat baik. bagi ak, ak nok keluar dari "penjara" ni. hari-2 kene pakai baju hijau. xsuke2. hari2 ad telur atas meja tuk sarapan. tapi hari2 jugok ak tengok tv.haha. ak duk sane makan tido jah. xdop nape nok wak. bosan. hari2 ak terima pelawat. ramai kawan2 & keluarga yang jenguk ak. alhamdullillah. walaupun ak duk baring je sane, duit masuk taw! mencecah Rm400.haha. pahtu, mase hari yang ke-7 ad pesakit baru. ak dah ad kawan! kawan ak nih dah ad anak 5. xengat nok citer. sebelum hari yg-7 ni, ak sebelum ak tidur ak pasang tv. sgaje wak bising. last-2 tv tengok ak. pahtu, nurse la yang tutup. ad skali tu, tv x tutup hingga pagi. ad jugak nurse menenangkan ak suh bace yassin. nurse ni bukan wak tenangkan ak, wak koho menankutkan adelah. macam penoh terjadi nape-2 je. ari tu, mase ak nok masuk tandas kan, akterdengar org cakap "assalamualaikum" kat ak. sape yg bg salam malam2 buta ni. ak ap lagi. nek semula atas katil. n ak pom xtahan doh er..haha. ak p keluar, n mintak permission dr nurse, nurse tu cakap boleh je nak gune bilik air kat luar. alhamdullillah. lega hati. moge2 nurse diberkati..=)

ak kene tahan selama 16 hari. hua3. makan ubat x bereti2. makan makanan hok x rase benda tuh. alah, biase lah. sakit. mesti xdop taste. alhamdullillah, smyang ak jage.walaupon air masuk kat tangan, ak gagahi diri ku yang terlalu kurus kering ni, untuk tutup air jarum kat tangan ak nih. untuk wak "DATE".. sebab nabi kita pon sebelum wafat baginda bangun sembahyang, ni ak..yg boleh berjalan.. xkan nok tinggal.huhu. ak selalu dipuji oleh nurse-2 kat luar. dy cakap ak bagus coz p smayang n makan ubat x pnoh mist. padahal ye x tahu ad skali tuh ak buang dalam tong sampoh.haha. pahit bangat kok ubatny. mase waktu tengahari lop, ak sokmo menghilang. coz g beli ayam n air batu kat kantin. haha. sakit2 g beli. beselah, x tahan ase law x minum air sejuk. kalu sampai je kat kantin, mesti ramai tengok ak hok cun ni, gane org xpelikny, pesakit g beli..wkaka. ad ak kisah? ak x gune duit korang pom.=D..

ad satu hari tu, mak sdara ak mai lawat ak, p katil ak kosong. org sume ingat ak kuow doh, korang taw x ak p maner? ak p lawat pesakit sebelah ak. haha. ak kalu x cakap sehari. alamak!kembungla perut ak nih.haha. abis org nok suke, wak pandai-2.. padahal ak sakit, ak g lawat hok lain lop.kih3. suke ati ak la, ak ad kaki.

* hari yang ke -16. NURUL awk dah boleh balik memandangkan result kahak ak dah negatif dan buat xRay terbaru, kuman dah menghilang. ~hoho~ hanya tuhan je yang tahu perasaan ak. betape hepi ny, nok kuow dari penjara nih. bagi ak inilah kali terakhir ak masuk sebab nyakit nih. dalam kepala ak "xpayah lah pakai baju besar warne hijau tu, makan minum ak xpayah control lagi, kat umah bebas nok guling, ad selimut, boleh tido semula lepas subuh.haha. (dalam hati mengucap syukur pd Tuhan).
lepas siap kemas n dokument yang dikeluarkan oleh doktor, umi n kkk ak mai amik ak waktu tengahari, hoho. ak berpakaian ranggi jah. pakai baju muslimah, kain batik n tudung ariani. mase ak kuow tu nk masuk kete, banyak mata2 tengok ak. ak rase diorang ingat ak berpantang nih tapi xdukung baby(mesti engat ak gugur).haha. up to u la. asal ak sampai umah dengan selamat.


 lepas ak kluar dari wad ni, ak baru tahu erti berani, sabar, berdikari. insyaAllah, suatu hari nanti, ak boleh hidup/ berdiri atas kaki sendiri. sesungguhny, ap yang berlaku, ad yang tersirat & hikmah. sebenarny, semakin kita sakit, smakin banyak dapat menghapuskan dosa kita.alhamdullillah. thank you Allah.=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan